Ain Chan

Friday, April 13, 2007

Dedicate To Kawan, Sahabat, dan juga Adik Angkat

"Sila Delete Saya Dari Contact Anda Kerana Saya Tidak Akan Online Lagi Kerana Saya Perlu Menjalani Pembedahan Jantung Yang Mungkin Membawa Maut, Terima Kasih Kerana Sudi Menjadi Kawan Saya Selama Ini, Minta Maaf Jika Saya Ada Buat Salah Pada Anda, Bye, Semoga Kita Akan Bertemu Lagi"

Sesungguhnya aku akan merindui saat-saat bersama dengan mu. Aku akan sentiasa mengingati idea lawak mu, penceritaan mu tentang hobi mu dan hasil lukisan daripada tangan mu. Setiap semua kenangan tu takkan lupus dari ingatan ku sampai bebila. Aku cuma rasa sedih sebab kita terpisah dengan cara begini. Aku lebih sedih lagi kerana apa yang boleh aku buat untuk kau hanyalah berdoa dari jauh . Harapan doaku adalah semoga pembedahan tersebut berjaya kerana aku ingin sangat melihat kau seperti apa yang kau mahu. Terima kasih kerana kau juga sudi melayan kerenah aku selama ni walaupun kau hany

Mungkin titisan air hujan yang jatuh kebumi pada saat ini mengambarkan perasaan sebenar yang bermain dihati aku sekarang.

Thursday, April 12, 2007

Life Is Beautiful

Aku betol - betol rasa teruja. Aku sekarang suka dengar lagu-lagu tentang cinta. Aku suka saat bila aku bangun dari tidor dan menghiru udara yang segar. Aku suka melihat kanak-kanak bermain dengan gembira di taman. Terutama sekali budak dalam lingkungan 5 tahun. Setiap kegembiraan mereka mengiringi setiap senyuman yang terukir diwajah aku. Aku suka berjalan di persisiran pantai. Aku suka berhadapan dengan tiupan angin yang berlalu dimuka aku. Aku suka benda - benda yang comel. Aku suka kehidupan aku. Kerana kehidupan aku adalah milik aku. Hanya aku.....

Wednesday, April 11, 2007

Gender Of My Brain

Your Brain is 53% Female, 47% Male

Your brain is a healthy mix of male and female
You are both sensitive and savvy
Rational and reasonable, you tend to keep level headed
But you also tend to wear your heart on your sleeve

What Had Happened To Mrs Magic Egg??

Erm. Ramai yang tertanya tentang apa telah terjadi pada Mrs Magic Egg aku. Pada mulanya aku nak upload jek gambar kat fs. Tapi rasa-rasanya baik aku wat blog dan cerita tentang nya kat sini.Lagipun aku dah lama teringin nak buat blog cam ni. Nak dimulakan cerita sebenarnya Mrs Magic Egg ni aku dapat sebagai hadiah daripada somebody yang banyak menolong aku dalam menempuh dugaan hidup untuk melupuskan ingatan aku pada seseorang. Alhamdulillah memang aku senang berkawan dengan dia. Kedatangan dia macam tau-tau jer yang aku tengah keseorangan dan perlukan seseorang yang senasib dengan aku untuk menenangkan aku daripada melakukan perkara-perkara yang bodoh...(Thankz for being my friend lately)
Tak boleh cita lelebih..nanti aku tercerita plak benda yang aku xpatut cerita...:P
Senang cita,he gave me this Mrs Magic Egg as the sign of our friendship!!.


Ada beberapa perkara yang aku perlu buat untuk memastikan Mrs Magic Egg aku memberikan respon. Aku perlu mengikuti beberapa arahan yang tertulis pada kotak Mrs Magic Egg.
Antaranya....

1)Pecahkan sedikit bahagian atas(kepala) Magic Egg dengan menggunakan
sudu.(macam pecah telur biasa la)

2.Selepas itu,simbahkan air pada Magic Egg dengan kadar 2 sudu makan
pada setiap subuh n bila senja menjelma.

3)Pastikan Magic Egg diletakkan dibawah sinaran lampu minyak tanah dengan
suhu 15-35'C.

4)Perubahan akan dapat dilihat dalam masa 5-10 hari.

Gambar-gambar dibawah akan menerangkan perubahan yang berlaku pada Mrs Magic Egg
setelah 14 hari berlalu.

Hari Pertama, 29 Mac 2oo7
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari Ke-5, 3 April 2oo7
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari Ke-7, 5 April 2oo7
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari Ke-10, 8 April 2oo7
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Hari Ke-14, 11 April 2oo7
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Maaf, gambar capup pakai camera hp aja, sesiapa yang nak sponsor, dialu-alukan


adiehh.... so sweet...

Pada mulanya aku terkejut gak, terpikir macam mana perkataan tu boleh terukir, boleh tak kalau pasni nak wat sendiri, dan kasi kat orang lain plak. Tee..hee..hee . Mungkin pada setengah orang akan menganggap Mrs Magic Egg ni benda yang biasa.....but...

For me,there's the secret meaning behind it....

P/s:
If you read this, i hope you are good in health. This "word" is for you also.
Good Luck!! n do the best in your final exam ya.

Labels: